CASSA: Selangor Water Issue Politicized To Create Chaos? Krisis Air Berunsurkan Politik.

Dato Jacob George

CASSA Chief Slams PKRs Rafizi sarcastically in water issue at Press Conference!

CASSA: KRISIS AIR BERUNSURKAN POLITIK 

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan semasa sidang media oleh Yang Berhormat Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan berhubung krisis air yang berlaku pada masa ini, kami bagi pihak badan bukan kerajaan (NGO)

CASSA yang mewakili rintihan dari rakyat amat berterima kasih kepada YB Rafizi yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna seperti di kawasan Kuala Langat, Hulu Langat dan Kuala Lumpur, yang mengalami gangguan bekalan air sejak seminggu yang lalu.

Ini pemimpin Pakatan yang dikasihi dan dihormati.

CASSA juga akan berbesar hati jika YB Rafizi secepat mungkin dapat memulihkan masalah penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi kerana pencemaran amonia, sebab YB Rafizi lebih arif dan memahami segala tanggungjawab syarikat konsesi mengikut undang-undang.

Kita akan memaklumkan kepada SYABAS untuk menyediakan loji seperti yang disebut oleh YB Rafizi. Cadangan YB Rafizi yang menyuruh SYABAS mengeluarkan setengah juta untuk menaik taraf loji rawatan air untuk pembelian peralatan untuk loji, kami menyokong sepenuhnya.

Kita harap YB Rafizi akan membantu dalam pemberian wang setengah juta tersebut bagi membantu menyelesaikan isu naik taraf ini. Diharap YB Rafizi tidak menolak pemintaan ini demi kebaikan rakyat.

Oleh sebab SYABAS membuat krisis air akibat penutupan loji ini, CASSA akan memaklumkan kepada pengguna yang terjejas untuk menelefon YB Rafizi untuk mendapatkan bekalan air. Kami yakin YB Rafizi akan berada di kawasan yang tidak ada air untuk membantu pengguna mengangkat air dari lori-lori tangki SYABAS.

Keprihatinan YB Rafizi untuk turun dan menunjukkan muka serta menolong rakyat amatlah kami hargai.