Consumerist: Mala Fide In Malaysian Bank Auctions?

Dato Jacob George

Consumerist: Mala Fide In Malaysian Bank Auctions?

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Bank Negara mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) digunapakai pihak bank dalam urusan lelongan hartanah agar tidak ada individu yang diperdaya pihak-pihak tertentu.

Presidennya Datuk Dr Jacob George berkata ini kerana pihaknya menerima banyak aduan berkenaan dengan proses lelongan yang tidak adil dan munasabah yang menjadikan pengguna sebagai mangsa.

“Misalnya, berdasarkan laporan yang diterima CASSA, ada kes di mana tanah yang dimiliki oleh individu tertentu dilelong oleh sebuah bank yang menjalankan urusan jual beli tanah terbabit, tanpa pengetahuan pemilik tanah.

“Justeru, Bank Negara perlu melihat kembali SOP ini dengan jelas memandangkan CASSA mendapat lebih 800 aduan daripada pengguna berhubung proses lelongan yang tidak adil dan kebanyakan mereka adalah golongan berpendapatan rendah,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Kerja dan Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Mohd Mustaffa Hamzah.

Jacob berkata CASSA dan PPIM akan menghantar satu memorandum kepada Bank Negara
meminta supaya bank pusat itu menasihatkan semua bank di bawah kendaliannya meneliti semula SOP yang digunapakai pihak bank bagi urusan lelongan hartanah.

Dalam pada itu, CASSA meminta Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat satu kes penipuan oleh sebuah bank di negara ini yang menjadi broker hartanah dengan melelong harta pemilik.

Katanya, tanah yang dimiliki oleh individu tertentu dilelong oleh sebuah bank yang menjalankan urusan jual beli tanah terbabit, tanpa pengetahuan pemilik tanah.

“Hasil siasatan CASSA mendapati tanah tersebut telah dilelong kepada ‘Along’ yang dipercayai menjalankan kerjasama dengan pihak bank yang bertanggungjawab melelong tanah tersebut.

“Setelah disiasat, CASSA mendapati golongan yang mendapat lelongan terkini tanah tersebut adalah ‘Along’ yang menjalankan sindiket haram dan bekerjasama dengan bank di negara ini,”katanya.

Sementara itu, Mohd Mustaffa meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu sehingga ke peringkat akar umbi agar tidak ada pengguna ditipu proses lelongan tak adil.

CASSA CAMPAIGN: PROTECTING OUR WOMEN FOLK FROM ROBBERS!

Our campaign against RACISM of all forms!