Doa khas sempena ulangtahun ke-5 tragedi MH370

CASSA MALAYSIA:

Doa khas sempena ulangtahun ke-5 tragedi MH370

Sempena ulang tahun kelima tragedi MH370, Cassa Malaysia akan menganjurkan doa dan ritual khas di lokasi beberapa nelayan membuat akuan sumpah dengan Al-Quran melihat sendiri pesawat MH370 terhempas.

Doa dan ritual khas itu akan dipimpin oleh para pemimpin agama daripada pelbagai kepercayaan agama.

Majlis ini akan dirakamkan dan video tersebut dijangka disiarkan secara langsung.

Semua media tempatan dan antarabangsa akan menerima jemputan majlis itu. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai majlis itu, diminta untuk menghubungi Cassa Malaysia.

Pada misi itu, mungkin akan ada cubaan untuk merakam sekiranya terdapat kilasan bayangan badan pesawat itu di lokasi terbabit.

Adalah penting tumpuan diberikan ke atas usaha pencarian bukti yang boleh dipercayai  secara aktif dari lokasi ditemui oleh Cassa Malaysia, Lautan Sumatera, Lautan Andaman dan Lautan Hindi, daripada mengulangi khabar angin serta berita palsu yang tidak membantu usaha pencarian mayat pesawat Boeing 777-2000ER selepas lima tahun.

Cassa Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyertai pasukan penyiasatan untuk membantu kami.
Terima Kasih.