JENAYAH – SIAPA PELINDUNG GENGSTER ‘ALEX’ DAN KAKI PUKUL SHAIFUL?

Dato Jacob George

CURI PASIR/BUANG SAMPAH – SIAPA PELINDUNG GENGSTER ‘ALEX’ DAN KAKI PUKUL SHAIFUL?  

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George mendakwa menerima ugutan bunuh terhadap diri dan keluarganya ekoran pendedahannya terhadap kegiatan mencuri pasir di Selangor baru-baru ini.

Beliau mendakwa menerima ugutan oleh beberapa individu ketika membuat lawatan di TTDI Jaya di Shah Alam – tempat kegiatan kecurian disyaki berlaku – pada Rabu lalu.

Dr Jacob juga mendakwa menerima ugutan melalui panggilan telefon yang mahu mencederakan dirinya serta keluarga daripada “mafia/tonto/kaki-pukul” berkaitan.

Menurutnya, beliau tidak menyangka sama sekali menerima ancaman dan ugutan sedemikian rupa kerana ia merupakan tanggungjawabnya berkhidmat kepada masyarakat untuk melaporkan isu kegiatan pencerobohan, mencuri pasir dan membuang sampah!

“Mungkin apabila kenyataan dilaporkan kepada media cetak dan elektronik pada 5 Mei lalu dan masuk dalam video di Malaysiakini, mereka (mafia/tonto/kaki pukul) naik angin dan bertindak menggugut mengancam mencederakan diri dan keluarga saya”.

“Sehingga kini saya masih fobia dan tidak bersemangat.

Beliau baru mendedahkan satu kes berkaitan walaupun difahamkan menerima maklumat lebih 200 kes daripada masyarakat setempat sejak beberapa bulan lalu.

Susulan ugutan itu, Dr Jacob berkata dua laporan polis telah dibuat iaitu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam dan Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam.

Sampai hari ini ada lebih daripada 5 Laporan Polis dibuat!

Kenapa tidak ada apa apa respon?

Saya tak ceburi bidang politik, hanyalah pekerja sosial menjadi mata dan telinga kepada rakyat, seperti mana slogan `jaga kebajikan rakyat` `rakyat diutamakan` dilaungkan selama ini.

“Saya juga telah melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan mencuri pasir dan menjamin keselamatan diri serta keluarganya dan turun padang ke kawasan ini di Selangor,” katanya.

Pada Malam Jumaat pukul 11.30pm Samseng2 dan gengster telah menyerang saya secara tiba pada waktu malam dilebuh raya dengan tidak memasang lampu kenderaan mereka satu Pajaro dan satu lagi kereta Waja!

Tujuan mereka nak cederakan saya melalui langgar lari terhadap saya.

Saya mendapat selamatkan diri saya dengan masuki kawasan Bomba Bukit Jelutong dimana sekuriti mereka tolong saya.

Saya memanggil kawan Polis ronda dan beliau menasihat saya supaya terus pergi ke Balai Bukit Jelutong membuat laporan Polis.

Laporan Polis dibuat.

Our campaign against RACISM of all forms!

This entry was posted in Uncategorized by jacobg. Bookmark the permalink.