Jerebu – pemimpin bisu dan buta?

Image result for datuk dr jacob george

“Saya juga berdukacita dengan duta Malaysia ke Indonesia, sampai hari ini tidak ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, jadi beliau ini anggota di sana atau tidak?,” katanya.

Jerebu – pemimpin bisu dan buta?

SHAH ALAM: Pemimpin negara didesak lebih lantang bersabit isu jerebu yang membelenggu rakyat setiap tahun.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata ketidaklantangan suara pemimpin bersabit isu ini hanya akan memburukkan keadaan untuk jangka masa panjang.

“Ini membawa kesukaran kepada orang, tetapi pemimpin…inilah dukacita sebab hanya NGO yang suarakan, hanya satu dua pemimpin sahaja yang suarakan, yang lain semua diam. Kenapa jadi macam ini,” ujar beliau.

Beliau berharap pimpinan negara lebih pro-aktif dalam menyuarakan isu jerebu.

Tambahan katanya, sebelum ini sudah ada perjanjian ASEAN termasuk Indonesia telah menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

“Sebab itu saya kata, apa jadi dengan mekanisme-mekanisme perhubungan di ASEAN?

“Tahun lalu kita diberitahu sudah ada satu pasukan petugas untuk mengatasi masalah jerebu dan dia sudah ada indeks-indeks tertentu dan protokol tertentu sampai hari ini saya tidak dengar apa-apa kenyataan daripada ASEAN juga?,” katanya.

Bahkah, beliau meminta Duta Malaysia di Indonesia menjelaskan tindakan yang di ambil beliau setakat ini.

“Saya juga berdukacita dengan duta Malaysia ke Indonesia, sampai hari ini tidak ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, jadi beliau ini anggota di sana atau tidak?,” katanya.

Jacob dalam pada itu turut berkata kesan jerebu menyebabkan ramai yang terpaksa menanggung kerugian.

“Ini mesti kita tegaskan di sini, sebab ini bukan suara saya sahaja tetapi suara daripada akar umbi.

“Ini bukan pembangkang ke kerajaan ke apa, apabila berlaku jerebu banyak perkara terjejas, jualan menurun, pernerbangan menjadi bahaya dan ekonomi kita juga turut terkesan,” katanya.