PENGHENTIAN MONOPOLI SEGERA DALAM BERKALAN – CASSA!

Dr Jacob George is president and legal adviser to the Consumers Association of Subang and Shah Alam (Cassa)

PENGHENTIAN MONOPOLI SEGERA DALAM BERKALAN – CASSA!

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA) hari ini menggesa kerajaan menghentikan monopoli dalam berkalan dan dengan serta merta meliberalisasikan sistem Permit Import (AP) bagi tiga barangan kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak (berasaskan kelapa sawit).

“Ini adalah jawapan untuk menyelesaikan masalah berkalan dan menggalakkan persaingan sihat antara peniaga-peniaga sekaligus memecahkan  monopoli oleh empat syarikat-syarikat tertentu,” kata Datuk Dr Jacob George Presiden CASSA.

“Masa dah juga sampai untuk pihak kerajaan membuat perubahan polisi dengan permit import barang-barang makanan khususnya gula, tepung gandum dan minyak masak yang sepatutnya dilkendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana kementerian berkenaan menjaga kepentingan pengguna di Negara ini,’’ tegasnya.

Dr Jacob berkata bahawa pada masa ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan  Industri (MITI) adalah bertanggungjawab untuk meluluskan Permit Import gula dan tepung gandum manakala Permit Import untuk minyak masak adalah di bawah Kementerian Perusahaan Utama, Perladangan dan Komoditi. Natijah daripada itu, keadaan ini menyulitkan KPDNKK untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan bahan-bahan kawalan yang membabitkan pengguna.

“Daripada siasatan terperici CASSA dan perbincangan diplomatik dengan masyarakat akar umbi, kita berpendapat bahawa strategi kita untuk meliberalisasi Permit Import bukan sahaja mampu mewujudkan persaingan sihat di kalangan industri bahkan mampu memastikan bekalan bahan-bahan berkenaan mencukupi di pasaran,’’ tegasnya sambil menegaskan bahawa industri gula kini hanya dimnopoli oleh empat kilang sahaja.

Melalui pelaksanaaan langkah itu, Dr Jacob berkata, kerajaan berupaya mengurangkan bebanan pembiayaan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan selama ini. Selain itu, ini dapat memastikan bekalan berkenaan benar-benar untuk kegunaan isi rumah dan bukannya untuk kegunaan komersial atau diseludup ke negara-negara jiran.

Dr Jacob juga berpendapat bahawa wang yang dapat diselamatkan oleh kerajaan boleh digunakan untuk kebajikan rakyat seperti meningkatkan pembangunan pendidikan, kesihatan dan prasarana luar bandar serta kawasan-kawasan pedalaman.

Sehubungan dengan itu, KPDNKK juga telah melaksanakan penguatkuasaan lesen kepada peruncit yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peruncit, Dr Jacob berkata. Bagi menangani isu tersebut, beliau telah bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pegawai-pegawai kanan kementerian bagi mencari jalan penyelesaian untuk semua masalah ‘stakeholder’ dalam pasaran dengan cara ‘proactive!’

Dr Jacob juga perpendapat peniaga runcit bukan penyebab utama kepada punca penyelewengan bahan-bahan saperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

Dr Jacob difahamkan bahawa gula diseludup ke negara jiran seperti Indonesia dan Thailand kerana harganya adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. Sebagai contoh harga gula di Thailand dijual sebanyak RM2.37 bagi setiap kilogram manaka di Indonesia RM2.66, Singapura RM3.26 dan Filipina RM3.03 berbanding RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah serta Sarawak oleh sindiket-sindiket besar yang mengadungi kuasa ‘orang atasan!.’

“Untuk membendung masalah ini, agensi-agensi penguatkuasaan sewajarnya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan dan efisyen lagi dalam usaha memastikan aktiviti penyeludupan dan ketirisan dapat dibendung.

‘’Kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara-negara jiran,’’ katanya.

LESEN DIBERI PERCUMA DENGAN TEMPOH 5 TAHUN

Dr Jacob juga, setelah melibatkan diri dalam satu perbincangan khas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pegawai-pegawai kanan kementerian, merayu supaya penguatkuasaan Lesen Runcit yang diumum oleh KPDNKK mestilah dilaksanakan tanpa mengenakan sebarang caj kepada peruncit! Di samping itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pegawai-pegawai kanan kementerian juga bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Dr Jacob.

Tambahan pula, Dr Jacob berpendapat bahawa lesen yang dikeluarkan itu juga mestilah percuma, mempunyai sah tempoh laku selama lima tahun dan pembaharuannya dikendalikan secara automatik kecuali peruncit berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Hal ini demikian kerana, pada masa ini peruncit dibebankan dengan 9 hingga 11 jenis lesen untuk menjalankan perniagaan (pendaftaran perniagaan, lesen premis perniagaan, papan tanda perniagaan, kebakaran dan keselamatan, lesen penimbang, alkohol, beras dan gas). Peruncit juga terpaksa menanggung kos sebanyak RM1,107 bagi tujuan pembaharuan lesen-lesen berkenaan pada setiap tahun.

Pada masa yang sama, Dr Jacob merayu kepada KPDNKK memantau dengan ketat punca ketirisan bahan-bahan kawalan ini dari peringkat akar umbi iaitu dari peringkat kilang, pemborong dan pengguna.

Dr Jacob mengalu-alukan KPDNKK untuk bertindak dengan lebih tegas terhadap isu yang kian berleluasa ini dengan menarik lesen pemborong yang didapati bersalah menyorok bekalan gula atau berkalan lain dengan senarai hitamkan syarikat terserbut!

Dr Jacob juga bersedia menjadi ambasador ataupun penasihat khas dalam strategi mengatasi masalah yang dihadapi oleh semua ‘stakeholder’ dengan KPDNKK. Dalam pandangan Dr Jacob, yang penting sekarang bukannya cara mempolitikan perkara terserbut atau membuat ugutan!

Semua piihak mestilah berkerjasama untuk mencari satu penyelesaian keseluruhan atau holistik kepada semua supaya hak pengguna sentiasa dibela dan dipelihara!

 Our campaign against RACISM AND GENOCIDE of all forms!

 

This entry was posted in Uncategorized by jacobg. Bookmark the permalink.